Soalan Lazim
| 1. | Bagaimanakah caranya menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.?
Ia boleh dilakukan dengan membuat permohonan nama syarikat dengan menggunakan Borang 13A berserta bayaran sebanyak RM30.00. Jika nama diluluskan, pemohon dikehendaki memfailkan dokumen-dokumen berikut:
|
|
| 2. | Bilakah sijil pemerbadanan syarikat boleh dikeluarkan?
Sijil pemerbadanan boleh dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap. |
|
| 3. | Bolehkah warga asing menjadi pengarah syarikat?
Warga asing boleh menjadi pengarah syarikat dengan syarat mematuhi seksyen 122 Akta Syarikat 1965. |
|
| 4. | Bolehkah nama pengasas yang dinamakan dalam Borang 13A berbeza dengan nama pengasas dalam Memorandum dan Artikel Syarikat?
Boleh dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pengasas hendaklah seperti yang dinamakan dalam Borang 13A tersebut. |
|
| 5. | Apakah perbezaan di antara objek dan “Power of a Company” yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Syarikat 1965?
Objek merupakan aktiviti atau perniagaan yang akan dijalankan oleh sesebuah syarikat seperti yang dinyatakan dalam Tataujud Syarikat (Memorandum). Manakala ‘Power’ merupakan kuasa yang membolehkan syarikat menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan dalam Tataurusan Syarikat (Articles). |
|
| 6. | Perlukah perakuan Borang 6 dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah?
Borang 6 tidak perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. |
|
| 7. | Bagaimanakah Borang 6 disediakan bagi syarikat yang mempunyai lebih dari seorang setiausaha syarikat?
Syarikat yang mempunyai lebih dari seorang setiausaha, perlu menyerah simpan Borang 6 secara berasingan oleh semua setiausaha yang dinamakan Tataurusan Syarikat. |
|
| 8. | Apakah syarat menjadi pengarah syarikat?
Syarat menjadi pengarah syarikat adalah seperti berikut:
|
|
| 9. | Apakah yang dimaksudkan dengan syarikat asing (Foreign Company)?
Syarikat asing adalah syarikat yang ditubuhkan di luar Negara dan didaftarkan di Malaysia untuk menjalankan perniagaan. Syarikat mestilah menggunakan nama syarikat yang sama seperti di Negara asal dan tidak menggunakan perkataan Sdn. Bhd. atau Berhad dihujungnya. |
|
| 10. | Bolehkah perakuan berkanun (Borang 48A) dibuat di luar Negara?
Perakuan berkanun (Borang 48A) boleh dibuat di luar negara dengan mencatatkan undang-undang yang berkuatkuasa di negara berkenaan. |